disabled highlight

button follow


Friday 8 September 2017


Bunga Chempaka Emaleen

Seorang lagi cahayamata kesayangan aku.Emaleen adalah nama yang selalu aku panggil tapi kakaknya selalu panggil dia Ayien.

Menurut cerita isteri aku semasa dilabour room dia mengalami masalah untuk melahirkan Emaleen sebab kata doktor tali pusatnya dah berbelit kat leher dia.Peluang untuk kelahiran dia hanya 50/50 melainkan isteri aku dapat meneran dengan kuat untuk keluarkan dia cepat atau dia akan lemas dan ....... Bila dengar jer nurse cakap macam tu isteri aku tak ingat apa dah yang dia tahu Emaleen mesti selamat.Alhamdulillah.....tuah menyebelahi kami.Aku yang dari pukul 12:00 tengah malam sampai pukul 05:00 pagi dan dah setuju nak teman kan isteri masa bersalin hanya dipanggil masuk bila semuanya dah selesai.Bila masuk aku tengok Emaleen dah ade atas penimbang.' BIRU '.Kata orang kalau lahirnya biru besar nanti kulit cerah.Kalau merah besarnya kulit gelap skit.Entahlah.Selesai azan dan diqamatkan aku menunggu diluar sementara mereka disiapkan untuk dibawa ke wad.Jam 06:00 pagi barulah mereka dibawa ke wad.Dan bila semuanya selesai aku minta diri nak balik dulu.

Sampai kat rumah semua jenis terjun tembok tanya apa cerita okay ker tak macam mane....dah macam peluru mesinggan ( M16 ).Seharian kat hospital my isteri bagitau dia ngan anak dah boleh balik.Petang tu aku Imani sama Achunya pegi la nak jemput mereka balik.Kat hospital Imani tak sabar sabar nak tengok adik dia.Marah menangis dia bila aku tak bagi tengok.Hahahaha

Menjaga Emaleen tak macam jaga Imani.Dia kerap menangis dan meragam.Waktu tidur selalu benor terganggu sebab dia selalu terjaga tengah malam.Bukan sekali dua tapi berkali kali.Terpaksa la begilir gilir bangun tengokkan apa yang patut.Kalau terjaga tu sebab nak susu senang la la jugak...ini siap ngan vokal yang memecah kesunyian dan kesedapan tidur.Sampai poning poning kepala tekojut dia melalak tiba tiba.

Pekembangan Emaleen lagi cepat dari kakak dia.Usia 4 bulan dia dah start meniarap.5 bulan dah boleh duduk.6 bulan setengah dah mula nak berdiri.7 bulan dah berjalan sambil berpaut.8 bulan dah boleh berjalan.Cik misi pun pelik bila tengok dia.Lasaknya pulak lebih dari kakak.Poning kepala.Dengan umur yang tak berapa nak umur habis satu rumah dia jelajah.Habis beterabur barang barang dalam rumah.Kalau bedak tu jangan cakaplah.Bila besar skit cemburu tu jangan cakap.Kakaknya dah berapa kali mengalah tak tahulah sampai mak bapak pun dibagi bagikan.Ibu untuk kakak.Abah untuk dia.Kakak tak boleh sayang abah tapi dia boleh sayang ibu.

07/09/2017....Usia Emaleen dah genap 3 tahun.Makin lasak.Jadi tukang sepah rumah.Kuat minum terutama air kopi sama milo.Kuat gelak tapi macam mane gelak macam tu jugak la nangisnya.Dalam pe'el dia macam tu dia rajin nak melayan kerenah adik dia main.Dia pun agak rapat dengan adiknya.



Walaupun macam macam ragam dan memeningkan kepala aku laki bini aku tetap bersyukur bahagia dia hadir dalam hidup kami.Dia antara anugerah terindah pernah aku miliki dan dia jugak anugerah yang sempurnakan hidup aku

Pada Emaleen kat sini abah nak ucap Selamat Ulangtahun Kelahiranmu sayang.Doa abah moga kau sentiasa berada dibawah rahmat lindungannya serta dilimpahi dengan rezeki.Abah juga berdoa moga moga kau menjadi seorang umat islam yang taat pada agamanya dan hidup berlandaskan Al-Quran.Umat yang mengikuti ajaran dan sunnah rasulnya.Abah sangat berharap kau berjaya sebagai insan didunia dan diakhirat.

" Semaikan dan semarakkanlah kasih sayang ku ini sepanjang masa agar ianya tidak akan pernah layu dan hilang tak kala nafasku terhenti dan aku telah menutup mata.Aku mohon  janganlah kau lupakan aku walaupun jasadku telah hancur dimamah bumi.






07/07/2017
2000 bilik rehat
Plaza Tol Lembah Beringin

No comments:

Post a Comment