disabled highlight

button follow


Monday 11 September 2017




Bunga Cahaya Imani

Itulah nama permata aku yang pertama.Mengapa nama ni ?.....sebab aku suka.Suka pada bunyi sebutan yang kedengaran klasik.Pada aku Bunga adalah anak aku sendiri.Cahaya adalah cahaya  erti kelahiran keteguhan.Imani adalah iman yang ade dalam diri baik pada aku isteri dan dirinya sendiri.Jadi dia adalah anak yang lahir, menyinari suasana dan sekaligus mengukuhkan lagi keimanan aku kepada yang satu.Lahirnya dia telah mengubah pandangan dan mengingatkan aku pada sesuatu yang selama ini tak dipandang dengan mata hati.Dia juga telah mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku didunia ini.
" Betapa besar hikmah nikmat kelahiranmu"

Bunga.Imani Acha Ani ialah antara nama panggilannya.Tidak termasuk lagi gelaran merapu merapan yang dia dapat.Tapi aku selalu panggilnya dengan nama Imani.09/09/2012 jam 10 pagi Hospital Serdang suara tangisnya kedengaran.Satu suasana yang cukup melegakan dan menggembirakan aku walaupun masa tu aku kelam kabut dengan kerja.Manakan tak pengantin tengah bersiap siap tapi mr photog dia still lagi kat hospital.Haru betul.

Menjaga Imani cukup senang.Tak banyak ragam.Kalau dia tidur buat bising memang takda masalah.Takde effect langsung.Lena diulit intan.Cuma kami laki bini terpaksa berulang alik ke klinik dan hospital selama 2 bulan sebab juandis dia tak menentu.Tiap kali pergi tiap kali itulah kena buat ujiian darah.Yang herannya masa amik darah tu tak pulak dia menangis meraung ke apa ke.Boleh tido lagi.Heran campur gelak cik misi tu.Keluar masuk wad SCN tu biasala.Apa yang aku nampak walaupun macam tu Imani cukup kuat.Tak bagi masalah langsung.Tapi mak bapak nye ler yang rasa sedih kesian tengok budak kecik yang tak tahu apa apa melalui semua ni.Emosi lebih.Anak la katakan.

Usia dia 4 bulan aku buat kenduri cukur jambul.Boleh la dari takde.Tapi aku tak keluar banyak belanja.Seponser by my mader kakak kakak and adik adik.Dah niat katanya.Aku terima jer la.Tak lupa aku jemput jugak satu pusat jagaan anak anak yatim Tg.Malim.




Makin hari Imani makin membesar.Sihat.Aktif.Mulut pun dah mula bising.Apa buah butir yang dia cakap memang susah nak paham tapi kelakar bunyinya.Bila dah jadi lagu tu apalagi....banyak la tukang sakat.Maklum ler masa tu dia jer sikecik yang ade so memang dia jadi easy target.Espeseli si Acunya.Tak kira ade je peluang memang kena bahan la.Bukan boleh dikira.Kadang kadang sampai naik lunyai.Yang herannya boleh lak si Imani ni tahan ngan Acunya.Rapat lak tu.Semuanya Acu.Dalam pada tu Acu dia jugak yang selalu layan pe'el karenah dia.Nak makan nak minum mandi basuh berak tukar lampin pakai baju nak tido sampai nak minum susu pun suh Acu yang goncangkan botol tapi buatnya orang lain.Kalau Acu tak goncangkan tak sedap tak nak minum.Macam tu pun ade ker.Bab begaya masa begamba menyanyi pun nak Acu.Yang best skali bab menari.Memang superb.Lawak...hahahaha.



Usia Imani 2 tahun dia dah jadi kakak so dia dah tak keseorangan.Dah ade kawan.Tak lagi main sensorang.Tapi Imani is the princess in the house.No one cant down push avoid or ignore.Segala apa hak dia memang hak dia walaupun tu memang bukan hak dia termasuk ler Acunya.Cuma bak makanan jer dia boleh beramal jariah berkongsi.Sampai boleh bagi terus.Imani ni menangkap skit.Apa yang orang lain buat kata dia dapat ingat tapi malu bila suh buat.Datang ler pe'el menggeleseh lintuk liuk dia.Masa umur 1 tahun dia memang leh bukak cite katun upin ipin yang aku save kat handphone.Kadang kadang kami laki bini lak yang rasa ketinggalan zaman.Sekali sekala kena marah kena rotan gak dia ngan aku.Tapi takde le apa sangat.Lebih pada gertak jer.Kalau rasa kesian nak merotan aku suh dia masuk duduk dalam stor.Bukan apa Imani ni penakut skit.Tak lain tak.Aku buat cuma nak mengajar takut nanti dia ........ Memang orang kata dia kecik lagi tak tahu apa apa.Aku tahu tapi lain padang lain belalang.Lentur buluh biar dari rebung.Cuma aku terpaksa buat seperti menarik rambut dalam tepung rambut tak putus tepung jangan berselerak.


09/09/2017 usia Imani dah 5 tahun.Dah sekolah dah pun.Ramai yang wish heppi besday kat dia.Sampai dia pun dok sengih sorang sorang.Nyanyi lagu heppi besday ulang ulang kali.Mintak belikan kek prenses dia.Bawak pegi jalan jalan.Macam macam.Lastnya aku satu family bawak dia pi makan ciken cop 7 inggit jer.Habis hati dah tu.Lebihnya dia bukan nak makan sangat pun tapi lebih pada pi jalan jalan.


Untuk Imani :-
Kami doakan Imani sentiasa ceria sihat bahagia.Dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan sentiasa berada dibawah lindungan rahmatnya.
Besar harapan abah dengan ibu untuk tengok Imani menjadi seorang ' Bidadari '.Menjadi seorang anak solehah yang taat pada Allah S.W.T.Seorang yang menjaga agama dan akhlaknya.Yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup dan mengikut ajaran serta sunnah rasulnya.Juga menjadi seorang pelindung pada keluarga dan akan menjaga adik adik bila abah dengan ibu sudah menutup mata.Tak ada yang lebih mengembirakan abah dengan ibu selain melihat Imani berjaya didunia dan akhirat.
Aminn Ya Rabbal Alaminn

Selamat Ulang Tahun Kelahiran  Mu Sayang





0515
Bilik Rehat
Plaza Tol Lembah Beringin



Friday 8 September 2017


Bunga Chempaka Emaleen

Seorang lagi cahayamata kesayangan aku.Emaleen adalah nama yang selalu aku panggil tapi kakaknya selalu panggil dia Ayien.

Menurut cerita isteri aku semasa dilabour room dia mengalami masalah untuk melahirkan Emaleen sebab kata doktor tali pusatnya dah berbelit kat leher dia.Peluang untuk kelahiran dia hanya 50/50 melainkan isteri aku dapat meneran dengan kuat untuk keluarkan dia cepat atau dia akan lemas dan ....... Bila dengar jer nurse cakap macam tu isteri aku tak ingat apa dah yang dia tahu Emaleen mesti selamat.Alhamdulillah.....tuah menyebelahi kami.Aku yang dari pukul 12:00 tengah malam sampai pukul 05:00 pagi dan dah setuju nak teman kan isteri masa bersalin hanya dipanggil masuk bila semuanya dah selesai.Bila masuk aku tengok Emaleen dah ade atas penimbang.' BIRU '.Kata orang kalau lahirnya biru besar nanti kulit cerah.Kalau merah besarnya kulit gelap skit.Entahlah.Selesai azan dan diqamatkan aku menunggu diluar sementara mereka disiapkan untuk dibawa ke wad.Jam 06:00 pagi barulah mereka dibawa ke wad.Dan bila semuanya selesai aku minta diri nak balik dulu.

Sampai kat rumah semua jenis terjun tembok tanya apa cerita okay ker tak macam mane....dah macam peluru mesinggan ( M16 ).Seharian kat hospital my isteri bagitau dia ngan anak dah boleh balik.Petang tu aku Imani sama Achunya pegi la nak jemput mereka balik.Kat hospital Imani tak sabar sabar nak tengok adik dia.Marah menangis dia bila aku tak bagi tengok.Hahahaha

Menjaga Emaleen tak macam jaga Imani.Dia kerap menangis dan meragam.Waktu tidur selalu benor terganggu sebab dia selalu terjaga tengah malam.Bukan sekali dua tapi berkali kali.Terpaksa la begilir gilir bangun tengokkan apa yang patut.Kalau terjaga tu sebab nak susu senang la la jugak...ini siap ngan vokal yang memecah kesunyian dan kesedapan tidur.Sampai poning poning kepala tekojut dia melalak tiba tiba.

Pekembangan Emaleen lagi cepat dari kakak dia.Usia 4 bulan dia dah start meniarap.5 bulan dah boleh duduk.6 bulan setengah dah mula nak berdiri.7 bulan dah berjalan sambil berpaut.8 bulan dah boleh berjalan.Cik misi pun pelik bila tengok dia.Lasaknya pulak lebih dari kakak.Poning kepala.Dengan umur yang tak berapa nak umur habis satu rumah dia jelajah.Habis beterabur barang barang dalam rumah.Kalau bedak tu jangan cakaplah.Bila besar skit cemburu tu jangan cakap.Kakaknya dah berapa kali mengalah tak tahulah sampai mak bapak pun dibagi bagikan.Ibu untuk kakak.Abah untuk dia.Kakak tak boleh sayang abah tapi dia boleh sayang ibu.

07/09/2017....Usia Emaleen dah genap 3 tahun.Makin lasak.Jadi tukang sepah rumah.Kuat minum terutama air kopi sama milo.Kuat gelak tapi macam mane gelak macam tu jugak la nangisnya.Dalam pe'el dia macam tu dia rajin nak melayan kerenah adik dia main.Dia pun agak rapat dengan adiknya.



Walaupun macam macam ragam dan memeningkan kepala aku laki bini aku tetap bersyukur bahagia dia hadir dalam hidup kami.Dia antara anugerah terindah pernah aku miliki dan dia jugak anugerah yang sempurnakan hidup aku

Pada Emaleen kat sini abah nak ucap Selamat Ulangtahun Kelahiranmu sayang.Doa abah moga kau sentiasa berada dibawah rahmat lindungannya serta dilimpahi dengan rezeki.Abah juga berdoa moga moga kau menjadi seorang umat islam yang taat pada agamanya dan hidup berlandaskan Al-Quran.Umat yang mengikuti ajaran dan sunnah rasulnya.Abah sangat berharap kau berjaya sebagai insan didunia dan diakhirat.

" Semaikan dan semarakkanlah kasih sayang ku ini sepanjang masa agar ianya tidak akan pernah layu dan hilang tak kala nafasku terhenti dan aku telah menutup mata.Aku mohon  janganlah kau lupakan aku walaupun jasadku telah hancur dimamah bumi.






07/07/2017
2000 bilik rehat
Plaza Tol Lembah Beringin

Saturday 1 April 2017

30/03/1979 - 30/03/2017 (38)

Aku
Lahir yang hanya sekecil tapak tangan.Lahir dengan segala payah.Ditatang bagai minyak penuh biar tak tumpah.Tidak semewah mana tapi itu yang termampu dan dirasakan sempurna.Pertama dalam semua segi.Penuh teliti kerana kebanggaan sepasang hati suami isteri lambang cinta sejati.Kadang kala terhumban jua pada rasa duka tapi itu "alah bisa tanggal biasa".

Zaman kecil penuh suka tanpa duka.Jujur menikmati masa sepenuh jiwa.Tidak memikirkan siapa apa dan mengapa.Namun besarku bukan secara tuli.Setiap rancangan disusun rapi.Kanan dan kiri.Diletakkan harapan cukup tinggi untuk kemudian hari agar menjadi insan sejati.Punya mata.Punya hati.Pandai menilai itu ini.Dapat menjauhkan diri dari "manusia mati".

Masa berlalu.Sifat dan sikap berubah ketara.Mula menunjuk diri juga rasa.Sekilas pandang lagaknya gangster.Yang sebenar itu topeng semata.Kalau dikupas apa pun takde.Lalu tingginya harapan dibiar menjunam kebawah.Apa nak kisah ini zaman remaja zaman sekolah.Lupa pada otak yang tidak diguna secara mewah apabila suara sekeliling berkata Rileks kita masih muda masa lagi lamalah.

Tik tok tik tok.Masa berganti masa.Usia menginjak dewasa.Tiba tiba baru tersedar.Kelibat keduanya kian pudar.Teringat akan harapan yang lama tersandar.Disusun langkah semangat bundar.Berjanji berubah pada hidup mandir mundar.Apa dikisah pada kata lidah yang kasar.Takut kerana salah berani kerana benar.

Janji harapan diangkat dijulang dikendong payah.Namun masih tidak mahu mengalah menyerah kerana sekali melangkah bertekad gagah.Memohon pertolongan diatas hamparan sejadah.Biar semuanya senang jangan susah.Selebihnya hanya tawakal berserah.

Ditengah usia segala usaha dikira berjaya.Otak mula berfikir cara sempurna.Rezeki didepan mata.Membina hidup mahu berkeluarga.Sekarang bergelar suami dan juga bapa.Punya isteri zuriat berdua zuriat bertiga.Bahagia dengan sedikit harta dunia.Baru mengerti peritnya rasa kerana selama ini sering terlupa pada tua yang berjasa menjaga.

Kini baru mengerti mengapa si tua berdua menjaga sepenuh hati.Rela mati dari lari.Agar aku tidak hanya berperang.Agar aku menjadi orang untuk mengelak "hidup melukut ditepi gantang" 

Dengan masa yang masih tersisa.Izinkan aku yang penuh mengharap .Biar dipanjangkan usia selama mana untuk mampu aku membalas jasa walaupun aku tahu itu tidak akan setara seperti mereka yang menjaga dahulukala.Pada tuhan ku yang maha esa.Aku pohon segala gala.

..... Amin Ya Rabbal Alamin .....

#SelamatUlangTahunAku
#TerimaKasihCinta