disabled highlight

button follow


Monday 23 November 2015

Engkaulah Pejuang




Rokiah binti Haji Idris

Insan yang telah dijodohkan dengan Yazid bin Gudang @ Rapaie.Dikurniakan 7 orang cahayamata.
3 lelaki 4 perempuan.Salah seorang cahayamata itu adalah aku.Dan dia aku kenali sebagai ‘EMAK’

Pada aku mak seorang wanita hebat kurnia Allah SWT kepada keluarga aku.Mak bukan datang dari keluarga yang berada.Mak ada 9 adik beradik.Dia yang pertama.Dari apa yang mak pernah cerita, aku tahu bukan kecil tanggungjawab yang mak pikul.Manjaga adik adik disaat orang tuanya keluar mencari sesuap nasi.Bayangkan, masa tu zaman komunis.Rezeki yang dicari tak seberapa.Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Kalau aku hidup di zaman itu, aku mungkin akan tewas, mengalah pada keadaan.

Hidup mak dari dulu sampai sekarang hanya berbakti pada orang disekelilingnya.Pada aku itulah keistimewaan dia.Seingat aku dari aku kecik sampai aku besar aku lihat kesungguhan, kepayahan, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya tentang mak.Mak suri rumah sepenuh masa tapi dia tak betah untuk duduk diam. Mak tahu keluarganya bukan keluarga senang.Mak betul betul abadikan dirinya pada keluarga sampai sanggup menjadi sebagai penjual kuih.Aku yang dari kecil, sekecil anak yang melangkah ke sekolah tadika sudah mula diajar membantu mak mengangkat dan menghantar kuih untuk dijual.Ada kalanya habis ada kalanya tidak.Tapi mak tak pernah putus asa.Semangat untuk melihat anak anak membesar dengan sempurna macam anak orang lain membuatkan mak terus berjuang. Mak bantu arwah abah dalam soal mencari rezeki.Segala umpat keji dari orang mak tolak ketepi malah dijadikan pendorong.Tidak sedikit pun melenturkan semangat juangnya.Lagi dikeji diumpat mak bertambah kuat.Tidak mahu mengalah.Mak tahu apa yang dilakukannya tidak salah.Ini semua dilakukan demi keluarganya.

Dari menjaja keliling kampung hingga membuka meja lipat dihadapan bus stop.Seterusnya membina gerai kecil tepi jalan yang didirikan dibawah pokok kedondong dan dengan modal yang dikumpulkan sedikit demi sedikit dapatlah mak menyewa sebuah kedai terbiar ditepi jalan berhadapan dengan gerai kecilnya itu.Kedai terbiar yang dijadikan warung kopi untuk pelanggan bersarapan pagi serta tempat orang kampong bergurau senda gelak ketawa bersembang berbual cerita kosong.


Rambut sama hitam hati lain lain

Perniagaan yang diusahakan sedikit maju.Seperi biasa ada yang berasa susah hati.Dipaksa berpindah.Kelam kabut mak dibuatnya.Alhamdulillah…Allah menunjukkan jalannya.Tapak gerai kecil lamanya dipilih untuk didirikan warung yang baru.Dengan wang yang ada dan sedikit duit KWSP arwah abah yang tak seberapa dapatlah dibina warung baru untuk berniaga dan warung itu masih lagi wujud sehingga kini (sewaktu aku menulis kisah ini)

Anak anak mak tidak mak besarkan secara membabi buta.Anak anak dididik dengan caranya.Tidak kira kecil atau besar sama saja.Anak anak juga diajar cara melakukan kerja kerja rumah.Macam biasa ade anak yang membangkang,memberontak tak suka.Tapi nak tak nak kena buat jugak.Zaman kanak kanak anak anak mak bukan tidak bebas, cuma dikawal selia dengan caranya.Semua mesti mengikut acuan peraturan dan tugas tugas yang dah ditetapkan.

Aku yang masih lagi kecil hijau mentah tetap tidak terkecuali.Mulanya seronok lama lama aku mula memberontak, mencari helah.Mencari jalan bagaimana untuk mengelak bila disuruh.Ye la aku kan kecik lagi patutnya tugas aku main dengan kawan kawan.Macam macam kerja yang aku buat.Tapi bila aku sudah dewasa dan aku kenangkan balik, best jugak.Pengalaman aku yang paling berharga.Tak akan dapat dibeli dengan nilai ringgit.Itu semua menjadikan aku seperti aku hari ini.Biar pun aku tidak sehebat mana  tetapi alhamdulilah syukur aku kepadanya.

Kini mak hanya duduk dirumah, berehat, bermain bersama cucu cucu comelnya memantau dan menasihati apa yang perlu.Perniagaannya telah diambil alih diuruskan oleh kakak sulong,adik lelaki dan adik perempuan aku.Mereka inilah yang telah meneruskan legasi perniagaan dan segala usaha penat lelah yang telah mak lakukan dulu.

Seperti mana pengertian aku terhadap apa yang arwah abah buat pada aku, aku jugak mengerti mengapa mak lakukan perkara yang sama.Mungkin sedikit berbeza tapi matlamatnya tetap sama.


03.30 Pagi
Ruang tamu rumah
Bila aku rasa sunyi