disabled highlight

button follow


Monday 23 November 2015

Engkaulah Pejuang




Rokiah binti Haji Idris

Insan yang telah dijodohkan dengan Yazid bin Gudang @ Rapaie.Dikurniakan 7 orang cahayamata.
3 lelaki 4 perempuan.Salah seorang cahayamata itu adalah aku.Dan dia aku kenali sebagai ‘EMAK’

Pada aku mak seorang wanita hebat kurnia Allah SWT kepada keluarga aku.Mak bukan datang dari keluarga yang berada.Mak ada 9 adik beradik.Dia yang pertama.Dari apa yang mak pernah cerita, aku tahu bukan kecil tanggungjawab yang mak pikul.Manjaga adik adik disaat orang tuanya keluar mencari sesuap nasi.Bayangkan, masa tu zaman komunis.Rezeki yang dicari tak seberapa.Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Kalau aku hidup di zaman itu, aku mungkin akan tewas, mengalah pada keadaan.

Hidup mak dari dulu sampai sekarang hanya berbakti pada orang disekelilingnya.Pada aku itulah keistimewaan dia.Seingat aku dari aku kecik sampai aku besar aku lihat kesungguhan, kepayahan, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya tentang mak.Mak suri rumah sepenuh masa tapi dia tak betah untuk duduk diam. Mak tahu keluarganya bukan keluarga senang.Mak betul betul abadikan dirinya pada keluarga sampai sanggup menjadi sebagai penjual kuih.Aku yang dari kecil, sekecil anak yang melangkah ke sekolah tadika sudah mula diajar membantu mak mengangkat dan menghantar kuih untuk dijual.Ada kalanya habis ada kalanya tidak.Tapi mak tak pernah putus asa.Semangat untuk melihat anak anak membesar dengan sempurna macam anak orang lain membuatkan mak terus berjuang. Mak bantu arwah abah dalam soal mencari rezeki.Segala umpat keji dari orang mak tolak ketepi malah dijadikan pendorong.Tidak sedikit pun melenturkan semangat juangnya.Lagi dikeji diumpat mak bertambah kuat.Tidak mahu mengalah.Mak tahu apa yang dilakukannya tidak salah.Ini semua dilakukan demi keluarganya.

Dari menjaja keliling kampung hingga membuka meja lipat dihadapan bus stop.Seterusnya membina gerai kecil tepi jalan yang didirikan dibawah pokok kedondong dan dengan modal yang dikumpulkan sedikit demi sedikit dapatlah mak menyewa sebuah kedai terbiar ditepi jalan berhadapan dengan gerai kecilnya itu.Kedai terbiar yang dijadikan warung kopi untuk pelanggan bersarapan pagi serta tempat orang kampong bergurau senda gelak ketawa bersembang berbual cerita kosong.


Rambut sama hitam hati lain lain

Perniagaan yang diusahakan sedikit maju.Seperi biasa ada yang berasa susah hati.Dipaksa berpindah.Kelam kabut mak dibuatnya.Alhamdulillah…Allah menunjukkan jalannya.Tapak gerai kecil lamanya dipilih untuk didirikan warung yang baru.Dengan wang yang ada dan sedikit duit KWSP arwah abah yang tak seberapa dapatlah dibina warung baru untuk berniaga dan warung itu masih lagi wujud sehingga kini (sewaktu aku menulis kisah ini)

Anak anak mak tidak mak besarkan secara membabi buta.Anak anak dididik dengan caranya.Tidak kira kecil atau besar sama saja.Anak anak juga diajar cara melakukan kerja kerja rumah.Macam biasa ade anak yang membangkang,memberontak tak suka.Tapi nak tak nak kena buat jugak.Zaman kanak kanak anak anak mak bukan tidak bebas, cuma dikawal selia dengan caranya.Semua mesti mengikut acuan peraturan dan tugas tugas yang dah ditetapkan.

Aku yang masih lagi kecil hijau mentah tetap tidak terkecuali.Mulanya seronok lama lama aku mula memberontak, mencari helah.Mencari jalan bagaimana untuk mengelak bila disuruh.Ye la aku kan kecik lagi patutnya tugas aku main dengan kawan kawan.Macam macam kerja yang aku buat.Tapi bila aku sudah dewasa dan aku kenangkan balik, best jugak.Pengalaman aku yang paling berharga.Tak akan dapat dibeli dengan nilai ringgit.Itu semua menjadikan aku seperti aku hari ini.Biar pun aku tidak sehebat mana  tetapi alhamdulilah syukur aku kepadanya.

Kini mak hanya duduk dirumah, berehat, bermain bersama cucu cucu comelnya memantau dan menasihati apa yang perlu.Perniagaannya telah diambil alih diuruskan oleh kakak sulong,adik lelaki dan adik perempuan aku.Mereka inilah yang telah meneruskan legasi perniagaan dan segala usaha penat lelah yang telah mak lakukan dulu.

Seperti mana pengertian aku terhadap apa yang arwah abah buat pada aku, aku jugak mengerti mengapa mak lakukan perkara yang sama.Mungkin sedikit berbeza tapi matlamatnya tetap sama.


03.30 Pagi
Ruang tamu rumah
Bila aku rasa sunyi


Thursday 17 September 2015

Selamat Datang


Tentang Aku


Setelah sekian lama aku kembali mencoret catatan hati dan jiwa serta peristiwa penting yang terjadi dalam hidup aku dimuka bumi Allah SWT

Aku lupa bilakah kali terakhir aku berbuat begini.Selepas habis sekolah.
Mungkin…..

30.03. …….
Tarikh aku dilahirkan kedunia setelah 09 bulan aku tingal didalam perut mak.Tak banyak yang aku tahu atau ingat apa yang terjadi masa tu ( kalau aku tau memang aku anak yang ajaib ).Hanya zaman kanak kanak,zaman yang boleh dikatakan zaman yang tiada masalah.Zaman dimana hari ini untuk hari ini hari esok untuk hari esok.Tiada apa yang perlu difikirkan.Segala keputusan terletak pada tangan orang tua.Apa yang terjadi tak diambil peduli.



Zaman Kanak Kanak
Aku rasa zaman kanak kanak adalah zaman yang mempunyai banyak kenangan manis dari yang pahit.Bukan tiada yang pahit tapi apabila umur telah menginjak dewasa yang pahit akan manis akhirnya.Hehehehe…….masa tidak akan berulang kembali hanya kenangan yang terpahat kukuh diingatan yang dapat membawa aku kembali kezaman itu.Ya aku akui aku merindui zaman dan segala kenangan itu



KALAU KORANG LAHIR TAHUN 1970 – 1984 ( MESTI INGAT INI )

Kita membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Tom and Jerry, Merry melodies, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja turtles,Captain America,Robocop,Popeye,Satria Baja Hitam, Captain Power,Smurfs dan Voltron. Lagi satu Polis Angkasa Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm,mesti pegang cawan warna-warnikan. mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah kita...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.tapi ada jugak member member  yang cabut.

yang ni sure korang semua ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak budak  time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...sedapp

cikgu cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen kat kantin.Air pulak 10 sen jer
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.Tak pun brand Converse All Star. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada pulak yang suka stoking tebal hahaha...

internet? email? Menda alah ape tu?.....
CD? ape tu?..
kaset tape penah laa dgr….Tiket wayang…. 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis,Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan main 'TiKam'. bile dah abih exam,dalam kelas ada yg main Monopoly la, Donkey la, milionair la and Happy Family.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...hehehe

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggalkan semua keje skolah, jom kita pegi makan. Budak budak yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. nasi goreng mee goreng….makan free beb

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani (PJ). main bola laa,rounders laa...selalunye cikgu cikgu maktab la yang hendal.…yang pompuan lawa2, yang lelaki pulak hensem2...Rasa macam nak jatuh cinta padahal kita bebudak lagi….bila time bepisah ada pulak yang menangis,bagi hadiah,mintak sain otograp, biodata ...huii mcm2 ragam…tak dilupakan bergambar bersama….kenangan la konon.…alih alih gamba tu pun hilang ntah kemane…ade la dua tiga kerat yang betul betul simpan….hehehe

permainan kegemaran pulak, main guli, guli pitai alaa guli besar yang warna putih tu,batu seremban, penutup botol, batang aiskrim,'Pepsi Cola one-two-three','Police & Sentry',main kejar kejar duduk,kondak kondi, lubang beracun, chapping,galah panjang,baling selipar, sorok sorok, lompat getah,main tutup oren,laga buah getah,pistol mancis,senapang kayu….

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. aiskrim pop, yang ada banyak color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah tengah dier...itu pun dah kira habis sedap dah..

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. Buat bintang kecik2 buh kat dalam botol…hmmm..yang ni pun kita main dulu, baling2 kapur laa. habis jahanam kelas…

Mane mane bebudak yang miskin xde duit banyak zaman cuti cuti skolah terpakse ikut mak bapak buat kerja….tapi selalunye tak buat pun...yang syoknye kalau terlepas orang  tua pandang apalagi…cabuttttt

Petang petang ajak member pegi masuk belukar lastik burung...pegi masuk parit cari ikan laga….tangkap berudu.bila balik masing2 bau macam hampeh…last2 kene tibia dengan orang tua...ade yang kene ngan rotan panjang,tongkat semambu,getah paip,batang pancing,tali pinggang, habis bebekas kat badan…yang kene rendam dalam air pun ade jugak…

hmm...budak budak  sekarang, bagi dia orang, dia orang mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia orang tau, yang  Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...

bagi dia orang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak dia orang lahir.

CD,VCD,DVD,MP3 playstation,PS1,PS2,PS3,PSP pun sama, wujud time dia orang lahir..
Michael Jackson pun dah putih dah time tu.hehehe…
Dia orang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem filem baru.
Dia orang tak bley bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
Dia orang tak penah tau pun game 'Atari' dengan 'Game & Watch'.
Dia orang tak percaya penah ada TV hitam putih... dan dia orang skarang tak reti nak switch on TV kalau  takde remote control….
dan dia oran g jugak tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone.... arghhh….mewahnye budak budak sekarang…
hmm...takpelah,dah nasib dia orang                                                                          

skang nie jom kite check, kite ni dah tua ke belum :-

1. korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum

2. kebanyakan member member  skolah kite pun dah kawin dan ade  pulak yang dah pulang kepangkuan nyer (al-fatihah)

3. korang sure pelik bile nengok bebudak  kecik main computer….selamba badak je…kite pun  tak  terer macam dia orang..

4. kita geleng kepala bile nengok budak budak skolah menengah guna handphone yang canggih manggih...siap dgn 4G lagi tue

5. kita dah tak banyak besembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari atau pun kat tepi tepi tembok

6. bile jumpe member lame, seronok bile bersembang pasal cerite cerete  lame, cerite cerite kelakar yang kite alami mase dulu…time kecik kecik, nakal nakal tuuuu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member member lame korang.Sure dia orang suke punye laa...hehehe

tapi apa yang pentinglahkan…                                                                               
bila kenangkan saat ni semua, dengan lebih mendalam…mungkin ada di antara kita yang mengalirkan air mata..

yelah mana taknya…bebudak zaman sekarang,walhal anak sendiri pun takkan melalui zaman yang sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu....
Tapi Dimanakah kita???
Sesungguhnya kita semua terlalu rindukan masa dan saat itu…..


4 tahun dari cerita ini ditulis usia aku genap 40 tahun.
Aku pun dah kawin...dah ader 2 + 2 cahayamata.

Pelik….????....hehehehe

Jodoh aku seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang cahayamata
Mohd Amir Fikri
Amisha Idayu
Untungkan...kawin kawin jer dah dapat 2 orang anak.Rezeki tu.Selepas setahun usia perkhawinan aku, isteri disahkan mengandung.Bererti ia adalah bakal keturunan aku yang pertama.Lelaki atau perempuan aku terima seadanya.Janji sihat dan sempurna sifat.

09/09/2012 pagi – semuanya telah disempurnakan
07/09/2014 subuh – seorang lagi menyusul

Sama seperti yang pertama PEREMPUAN

*** Selepas berkhawin aku dan isteri melalui saat saat sukar.Tak perlu kot aku tulis kat sini.Tak mahu nanti anak anak tahu.Takut akan bersarang dendam dihati.Biar mereka menjalani hidup dengan hati yang bersih dan menikmati segala hari hari yang indah ***

Alhamdulillah….syukur aku kepada allah SWT, aku sekeluarga sekarang menetap di Taman Geriang Utama, Hulu Bernam, Selangor ( Taman Malim Mas ).Rumah yang aku beli pada tahun 2008…macam tak percaya orang macam aku,yang dikatakan takder masa depan, mampu beli rumah ni…hehehe….walaupun lambat tapi rezeki anak anak dapat jugak aku duduk kat rumah ni selepas sekian lama terbengkalai.Tak siapa yang yang tahu macam mane aku ngan isteri aku begolok begadai masa nak masuk kat rumah ni.

- masa ni still lagi dalam pembinaan  -
Rumah yang tak besar tak kecik.Tak cantik tak buruk.Sederhana.Setakat ini jer yang aku mampu.Kalau masih ade lagi ahli keluarga yang tak puas hati aku mintak maaf dari dunia sampai akhirat.


Aku masih lagi usaha untuk menunaikan janji janji aku pada diri sendiri.Usaha tanpa kenal erti putus asa.Semua demi kelangsungan hidup keluarga aku.Demi orang orang yang aku sayang.Moga moga Allah SWT membantu aku mencapai janji janji aku.Insya allah

*** Terima kasih pada mak Rokiah Binti Haji Idris kerana telah melahirkan, membesarkan aku.***

Sampai sini ajer dulu…nanti aku sambung lagi

30.03.2015
10:30 dalam pondok tol
Plaza Tol Lembah Beringin


Wednesday 26 August 2015