disabled highlight

button follow


Saturday 17 December 2016

Hati dan Cinta ( demi mencari yang sejati ) 

Terlalu sukar untuk mencari seseorang yang boleh berasa serasi dengan kita.Seolah olah ianya tidak pernah wujud dalam sesebuah perhubungan.Bukan kerana tidak mencari, sebaliknya mungkin kerana kita kurang berasa syukur.Kurang bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Kita seringkali atau selalu berjalan jauh untuk mencari seseorang yang serasi dengan kita.Jauh berjalan mencari .... ditakdirkan berjumpa pilihan yang serasi.Namun masih lagi tidak mahu berhenti mencari.Lalu perjalanan diteruskan dengan harapan bertemu pilihan yang jauh lebih baik menunggu dihadapan.Rezeki barangkali .... berjumpa lagi si dia yang kononnya pilihan serasi.Mula memupuk segala rasa dengan harapan biarlah ini menjadi yang terakhir.Janganlah ada lagi dia selepas dia ini.Bersungguh sungguh berjanji pada diri.Hati dididik diajar untuk menerima pilihan kali ini.Tapi lain pula yang terjadi.Terpaksa memujuk sedih serta pilu dihati.Biarlah dia yang dipilih oleh hati berlalu pergi.Meninggalkan sepi, sunyi pada hati.Berlaku kerana alasannya belum lagi mencapai satu garis panduan tahap skala tanda aras yang dikatakan serasi oleh dia yang dipuja separuh mati.LALU APAKAH KESAN RASANYA ?????

Tentu saja kekecewaan yang teramat.Kecewa dalam erti kata yang sesungguhnya.Yang sebenarnya.Sehingga dunia yang belum mahu berakhir sudah pun dirasakan tiada harapan untuk hidup.Sedihnya ia berakhir.Berkubur tanpa nisan.

Kita sebenarnya lupa, dia mungkin terlebih dahulu pernah berasa ditinggalkan.Dan mungkin pernah berasa bernanah separuh jiwa.Namun apakah dipeduli semua itu.Ada yang berasa peristiwa itu terkesan dihati.Ada juga sebaliknya.Sehingga tidak membawa kesan parut berbisa.Namun untuk apa meratapi semua yang pernah terjadi.Jangan diratapi apa yang telah terjadi.HIDUP MESTI TERUS.Aduhai .... kerasnya wahai sekeping hati.Sedikit pun tidak terusik dengan luka dan airmata.Mengertilah betapa susahnya untuk menjaga sekeping hati.Pilihan yang ada dihadapan mata kadangkala tidak dapat memuaskan hati sendiri.Dikejar juga pada hati yang belum tentu milik kita.Hakikatnya cinta itu bukanlah satu rasa yang mampu dilafazkan dengan kata kata.

Untuk hati yang ikhlas mencari yang sejati, pasti, apa yang dikatakan cukup faham untuk dimengerti.Cinta menuntut lebih dari sekadar rasa untuk ingin hidup bersama.Jatuh cinta yang sebenarnya lahir tergalas diatas bahu yang maha berat.Untuk mula belajar mencintai yang dipilih pilihan hati juga sukar.Kerana yang dipilih pilihan hati mungkin bukan pilihan insan insan tersayang yang ada disekeliling kita.

Jatuh cinta menjadikan kita manusia baru setiap hari.Hati sentiasa akur dengan apa jua tindakannya.Baik buruk diterima segala.Tiada lagi ditimbang tara.Ini kerana rasa cinta ikhlas itu telah lama memaafkan apa yang telah dilakukannya.Jatuh cinta juga ada ketikanya manjadikan kita manusia yang buta perasaan.Namun satu, jangan sampai buta nafsu.Kerana itu sudah tidak lagi menjadikan kita manusia yang penuh rasa cinta bahagia.Sebaliknya ketika itu kita hanyalah seperti patung watak watak bernyawa yang telah hilang maruahnya.

Cinta pada kebendaan.Ia sering juga menjadikan kita manusia yang tidak pernah puas.Cinta hanya pada hartanya.Bagaimana jika ditakdirkan ia papa tanpa diduga ???. Apakah cinta itu masih setia seiring dengan kepapaannya ??.
Berapa ramai yang berkata ya ??.
Berapa ramai yang berkata tidak ??.
Dan berapa ramai yang teragak agak untuk melafaz ikrar janji setia??.
Cinta pada harta menjadikan manusia itu zalim.Kita membiarkan saja rasa itu melonjak keatas, menguasai sehingga kehujungnya.Tidak lagi malu menggadaikan apa yang ada hanya untuk memuaskan nafsu sekeping hati yang kita tahu tidak akan dapat dipenuhi begitu sahaja.Maaf jika aku katakan bahawa sebenarnya mata hati itu telah mati.Ditutup dipejam rapat untuk melihat.CINTA ITU INDAH.Indah buat yang tahu merasai.Buat yang tahu menghargai.Buat mereka yang mengerti.Yang percaya sesungguhnya cinta itu satu takdir untuknya.

Bagaimana bagi mereka yang tidak pernah bercinta.Tidak pernah berasa nikmat cinta indah bahagia.Nikmat cinta penuh duka kecewa.Tidak sempurnakah mereka.
Setiap yang diciptakan dilahirkan adalah sempurna walaupun tidak pernah merasa cinta atau merasa nikmatnya.Sempurna dalam erti kata perasaan yang tidak pernah tercela mencacatkan rasa.Tidak sekali airmata tumpah meratapi pemergian sebuah cinta.Indah juga bagi insan yang sebegini.Dapat melihat kehidupan dari sudut yang sedikit berbeza.Pun begitu jika cinta itu hadir janganlah dinafikan kehendaknya untuk sekeping hati.Tidak salah untuk mencuba menerima.Hati kita milik kita.Kerana itulah kita punyai hak untuk memilih.Namun janganlah sampai ada hati yang terluka dengan pilihan hati kita itu.Restu itu perlu.Mesti.

Untuk yang terakhir kali, terlalu sukar mencari si dia yang serasi dihati.Jika telah bertemu yang dikatakan serasi jangan takut untuk menerima.Betapa teruk dicaci, dihina kerana pilihan hati itu jangan peduli asalkan kamu dan hati keluargamu setuju.Kebahagian hati kita hanya kita yang menentukannya.Kerana hati kita milik kita.
Benarkah ???????.......

Jika benar ini semua peliharalah hati semaikanlah cinta agar kita aman bahagia melayari menyulam indahnya kehidupan dalam pelbagai rasa.


** Luahan pada satu rasa untuk mengingati diri yang seringkali lupa untuk bersyukur akan setiap nikmatnya **


Kala ketenteraman jiwa mengusik
Plaza Tol Lembah Beringin