disabled highlight

button follow


Saturday 1 April 2017

30/03/1979 - 30/03/2017 (38)

Aku
Lahir yang hanya sekecil tapak tangan.Lahir dengan segala payah.Ditatang bagai minyak penuh biar tak tumpah.Tidak semewah mana tapi itu yang termampu dan dirasakan sempurna.Pertama dalam semua segi.Penuh teliti kerana kebanggaan sepasang hati suami isteri lambang cinta sejati.Kadang kala terhumban jua pada rasa duka tapi itu "alah bisa tanggal biasa".

Zaman kecil penuh suka tanpa duka.Jujur menikmati masa sepenuh jiwa.Tidak memikirkan siapa apa dan mengapa.Namun besarku bukan secara tuli.Setiap rancangan disusun rapi.Kanan dan kiri.Diletakkan harapan cukup tinggi untuk kemudian hari agar menjadi insan sejati.Punya mata.Punya hati.Pandai menilai itu ini.Dapat menjauhkan diri dari "manusia mati".

Masa berlalu.Sifat dan sikap berubah ketara.Mula menunjuk diri juga rasa.Sekilas pandang lagaknya gangster.Yang sebenar itu topeng semata.Kalau dikupas apa pun takde.Lalu tingginya harapan dibiar menjunam kebawah.Apa nak kisah ini zaman remaja zaman sekolah.Lupa pada otak yang tidak diguna secara mewah apabila suara sekeliling berkata Rileks kita masih muda masa lagi lamalah.

Tik tok tik tok.Masa berganti masa.Usia menginjak dewasa.Tiba tiba baru tersedar.Kelibat keduanya kian pudar.Teringat akan harapan yang lama tersandar.Disusun langkah semangat bundar.Berjanji berubah pada hidup mandir mundar.Apa dikisah pada kata lidah yang kasar.Takut kerana salah berani kerana benar.

Janji harapan diangkat dijulang dikendong payah.Namun masih tidak mahu mengalah menyerah kerana sekali melangkah bertekad gagah.Memohon pertolongan diatas hamparan sejadah.Biar semuanya senang jangan susah.Selebihnya hanya tawakal berserah.

Ditengah usia segala usaha dikira berjaya.Otak mula berfikir cara sempurna.Rezeki didepan mata.Membina hidup mahu berkeluarga.Sekarang bergelar suami dan juga bapa.Punya isteri zuriat berdua zuriat bertiga.Bahagia dengan sedikit harta dunia.Baru mengerti peritnya rasa kerana selama ini sering terlupa pada tua yang berjasa menjaga.

Kini baru mengerti mengapa si tua berdua menjaga sepenuh hati.Rela mati dari lari.Agar aku tidak hanya berperang.Agar aku menjadi orang untuk mengelak "hidup melukut ditepi gantang" 

Dengan masa yang masih tersisa.Izinkan aku yang penuh mengharap .Biar dipanjangkan usia selama mana untuk mampu aku membalas jasa walaupun aku tahu itu tidak akan setara seperti mereka yang menjaga dahulukala.Pada tuhan ku yang maha esa.Aku pohon segala gala.

..... Amin Ya Rabbal Alamin .....

#SelamatUlangTahunAku
#TerimaKasihCinta