disabled highlight

button follow


Saturday 17 December 2016

Hati dan Cinta ( demi mencari yang sejati ) 

Terlalu sukar untuk mencari seseorang yang boleh berasa serasi dengan kita.Seolah olah ianya tidak pernah wujud dalam sesebuah perhubungan.Bukan kerana tidak mencari, sebaliknya mungkin kerana kita kurang berasa syukur.Kurang bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Kita seringkali atau selalu berjalan jauh untuk mencari seseorang yang serasi dengan kita.Jauh berjalan mencari .... ditakdirkan berjumpa pilihan yang serasi.Namun masih lagi tidak mahu berhenti mencari.Lalu perjalanan diteruskan dengan harapan bertemu pilihan yang jauh lebih baik menunggu dihadapan.Rezeki barangkali .... berjumpa lagi si dia yang kononnya pilihan serasi.Mula memupuk segala rasa dengan harapan biarlah ini menjadi yang terakhir.Janganlah ada lagi dia selepas dia ini.Bersungguh sungguh berjanji pada diri.Hati dididik diajar untuk menerima pilihan kali ini.Tapi lain pula yang terjadi.Terpaksa memujuk sedih serta pilu dihati.Biarlah dia yang dipilih oleh hati berlalu pergi.Meninggalkan sepi, sunyi pada hati.Berlaku kerana alasannya belum lagi mencapai satu garis panduan tahap skala tanda aras yang dikatakan serasi oleh dia yang dipuja separuh mati.LALU APAKAH KESAN RASANYA ?????

Tentu saja kekecewaan yang teramat.Kecewa dalam erti kata yang sesungguhnya.Yang sebenarnya.Sehingga dunia yang belum mahu berakhir sudah pun dirasakan tiada harapan untuk hidup.Sedihnya ia berakhir.Berkubur tanpa nisan.

Kita sebenarnya lupa, dia mungkin terlebih dahulu pernah berasa ditinggalkan.Dan mungkin pernah berasa bernanah separuh jiwa.Namun apakah dipeduli semua itu.Ada yang berasa peristiwa itu terkesan dihati.Ada juga sebaliknya.Sehingga tidak membawa kesan parut berbisa.Namun untuk apa meratapi semua yang pernah terjadi.Jangan diratapi apa yang telah terjadi.HIDUP MESTI TERUS.Aduhai .... kerasnya wahai sekeping hati.Sedikit pun tidak terusik dengan luka dan airmata.Mengertilah betapa susahnya untuk menjaga sekeping hati.Pilihan yang ada dihadapan mata kadangkala tidak dapat memuaskan hati sendiri.Dikejar juga pada hati yang belum tentu milik kita.Hakikatnya cinta itu bukanlah satu rasa yang mampu dilafazkan dengan kata kata.

Untuk hati yang ikhlas mencari yang sejati, pasti, apa yang dikatakan cukup faham untuk dimengerti.Cinta menuntut lebih dari sekadar rasa untuk ingin hidup bersama.Jatuh cinta yang sebenarnya lahir tergalas diatas bahu yang maha berat.Untuk mula belajar mencintai yang dipilih pilihan hati juga sukar.Kerana yang dipilih pilihan hati mungkin bukan pilihan insan insan tersayang yang ada disekeliling kita.

Jatuh cinta menjadikan kita manusia baru setiap hari.Hati sentiasa akur dengan apa jua tindakannya.Baik buruk diterima segala.Tiada lagi ditimbang tara.Ini kerana rasa cinta ikhlas itu telah lama memaafkan apa yang telah dilakukannya.Jatuh cinta juga ada ketikanya manjadikan kita manusia yang buta perasaan.Namun satu, jangan sampai buta nafsu.Kerana itu sudah tidak lagi menjadikan kita manusia yang penuh rasa cinta bahagia.Sebaliknya ketika itu kita hanyalah seperti patung watak watak bernyawa yang telah hilang maruahnya.

Cinta pada kebendaan.Ia sering juga menjadikan kita manusia yang tidak pernah puas.Cinta hanya pada hartanya.Bagaimana jika ditakdirkan ia papa tanpa diduga ???. Apakah cinta itu masih setia seiring dengan kepapaannya ??.
Berapa ramai yang berkata ya ??.
Berapa ramai yang berkata tidak ??.
Dan berapa ramai yang teragak agak untuk melafaz ikrar janji setia??.
Cinta pada harta menjadikan manusia itu zalim.Kita membiarkan saja rasa itu melonjak keatas, menguasai sehingga kehujungnya.Tidak lagi malu menggadaikan apa yang ada hanya untuk memuaskan nafsu sekeping hati yang kita tahu tidak akan dapat dipenuhi begitu sahaja.Maaf jika aku katakan bahawa sebenarnya mata hati itu telah mati.Ditutup dipejam rapat untuk melihat.CINTA ITU INDAH.Indah buat yang tahu merasai.Buat yang tahu menghargai.Buat mereka yang mengerti.Yang percaya sesungguhnya cinta itu satu takdir untuknya.

Bagaimana bagi mereka yang tidak pernah bercinta.Tidak pernah berasa nikmat cinta indah bahagia.Nikmat cinta penuh duka kecewa.Tidak sempurnakah mereka.
Setiap yang diciptakan dilahirkan adalah sempurna walaupun tidak pernah merasa cinta atau merasa nikmatnya.Sempurna dalam erti kata perasaan yang tidak pernah tercela mencacatkan rasa.Tidak sekali airmata tumpah meratapi pemergian sebuah cinta.Indah juga bagi insan yang sebegini.Dapat melihat kehidupan dari sudut yang sedikit berbeza.Pun begitu jika cinta itu hadir janganlah dinafikan kehendaknya untuk sekeping hati.Tidak salah untuk mencuba menerima.Hati kita milik kita.Kerana itulah kita punyai hak untuk memilih.Namun janganlah sampai ada hati yang terluka dengan pilihan hati kita itu.Restu itu perlu.Mesti.

Untuk yang terakhir kali, terlalu sukar mencari si dia yang serasi dihati.Jika telah bertemu yang dikatakan serasi jangan takut untuk menerima.Betapa teruk dicaci, dihina kerana pilihan hati itu jangan peduli asalkan kamu dan hati keluargamu setuju.Kebahagian hati kita hanya kita yang menentukannya.Kerana hati kita milik kita.
Benarkah ???????.......

Jika benar ini semua peliharalah hati semaikanlah cinta agar kita aman bahagia melayari menyulam indahnya kehidupan dalam pelbagai rasa.


** Luahan pada satu rasa untuk mengingati diri yang seringkali lupa untuk bersyukur akan setiap nikmatnya **


Kala ketenteraman jiwa mengusik
Plaza Tol Lembah Beringin

Friday 28 October 2016

Dah setahun dah kan ( ader skit penambahan yang aku buat )


Gurindam Sekola Si Huruf  S dan juga M

Datangnya jauh menimba ilmu
Ingin hidup bertambah maju
Menara gading tempat bertemu
Mata melirik menegur malu

Salam dihulur tanda kenalan
Melalui rakan segan berdepan
Walau hati tidak keruan
Bimbang dikata wajah tak tampan

Sigadis masih tercari cari
Siapa gerangan empunya diri
Berkirim salam ia berani
Kenapa tidak datang kemari

Kembang hati mendengar berita
Salam disambut ruang terbuka
Peluang direbut genggam teruna
Mungkin ini langkah pertama

Langkah diatur beranikan diri
Berjumpa gadis idaman hati
Hati berdoa janganlah dimaki
Terjadi kalu ... ku cabut lari

Mata bertentang macam nak pengsan
Sigadis biasa takde ke perasaan
Nak tak nak terpaksa layankan
Kang melepas mau lak meroyan

Ayat diatur sapa disambut
Kasih tersimpul bak kelapa punya sabut
Perasaan melayang jiwa kelaut
Alhamdulillah .... Kasih ku sudah kau sambut lembut

Harinya kini makin berbeza
Dulu sendiri kini berdua
Pupukkan cinta kasih dipelihara
Itulah adat insan bercinta

Kemana berdua tak sudah sudah
Niat dihati tak ingin berpisah
Namun takdir terpaksa pasrah
Kata dan janji jangan berubah

Jalinan terjalin seindah kata
Jauh terpisah tidak dilupa
Manjanya kasih terbayang dimata
Ingin digapai sayang kau tiada


Malam gelita sering terjaga
Rindu terasa kian menerpa
Lupakan dikau niat tiada
Biarpun sudah sekian lama

Dari jauh teruna melihat
Kata dan janji masih terpahat
Jika lelah setelah penat
Teruna berteduh mencari tempat

Sepi sendiri aku benci
Tanpa dikau teman disisi
Waktu dihitung membilang hari
Besar harapan penuhi hati

Kekasih menghilang membawa bayang
Teruna tumbang terhuyung hayang
Tapi masih ia berpegang
Kata cinta rindu dan sayang

Andai sudah takdir yang esa
Kemana menghilang tak jadi apa
Kelu lidah tidak terkata
Kalau dah jodoh bertemu jua

Bertemu melihat sedetik seinci
Pengubat rindu pemusnah sepi
Gembira riang wajah berseri
Didepan mata kekasih hati

Walaupun jauh didada mata
Lemah longlai mendengar suara
Kasih asmara sulam bersama
Kembali terpaut cinta dijiwa

Keselatan jauh teruna bekerja
Rezeki dicari tuk menunaikan jiwa
Biarpun hati penuh gelora
Dialam maya bertemu kata dan cinta

Usia menginjak tingkat dewasa
Hati tidak tertahan rasa
Dua insan sepakat sekata
Luahkan hasrat pada yang tua

Pahlawan datang membawa hasrat
Cincin sebentuk cahaya berkilat
Moga niat membawa berkat
Satukan yang jauh menjadi dekat

Sireh junjung pemula bicara
Disusun kata cantik bahasa
Kalau sudah bagai dikata
Niat disambut dengan gembira

Puteri tersenyum bersimpuh manis
Rasa gembira tidak terhakis
Wanginya bau cantiknya sigadis
Cincin disarung mata menitis

Setiap saat melihat jari
Senyum seorang geli dihati
Malu segan dengan kelakuan diri
Tapi sebenarnya syok gak macam ni

Resah gelish selalu gementar
Hati dipalu menghadir debar
Saat bersatu kian terhampar
Tubuh menggigil hati bergetar

Tiba masa saat dinanti
Salam nikah akad si suami
Bertukar taraf bergelar isteri
Mohon berkat dari illahi

Gembira sungguh didalam diri
Kini sudah punya suami
Namun terselit sedih pilunya hati
Kerana yang pergi tiada disisi

Memaksa diri untuk gagahi
Yakini mereka kan merestui
Dijemput pulang itukan pasti
Suratan takdir dia kan lebih menyayangi

Kasih dan sayang restu diberi
Majlis gemilang raja sehari
Atas pelamin cantik berseri
Tersenyum malu cinta terpatri

Keluarga saudara datang merai
Sahabat handai tak melupai
Usik mengusik sudah semesti
Raja terpaksa bertabah hati

Buruk dicaci kata dinista
Jangan terguris terluka hampa
Kata gurauan tanda bahagia
Layari alam berumah tangga

Besar harapan kedua keluarga
Doa dipohon pada yang esa
Agar cepat dikurnia cahayamata
Bahagia semua selama lama

Kini kau sudah berumah tangga
Kami disini jangan kau lupa
Kerana kita masih keluarga
Punya talian putusnya tiada

Sekarang kau sudah punya hidup sendiri
Jagalah ia seindah hati
Usah terlerai derai disakiti
Cangkul dan tanah pemisahnya mati

 

- Idea datang bila aku terasa bosan -
Ditulis dalam pondok tol
Plaza Tol Lembah Beringin
















Sunday 10 January 2016

Woktiknie


Dia selalu gak update cite cite dia kat blog.Dan dia jugak la yang yang ajar aku pasai blog blog ni.
Jadi sekarang aku nak cite skit….meh rapat kang tak dengar lak..aku cite sekali ni jer..

Once open a time….Ooppss .. silap silap ni cite melayu bukan cite omputih

Ok macam ni cite dia
Pada tahun 2015 dia telah mencapai usia 26 tahun.Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu.Teringat lak masa dia nie kecik kecik dulu…

Dengan badan yang halus kurus, kulit putih, rambut yang sedikit perang dia menjadi kebanggaan produk terbaru mak ngan abah.Ramai yang kata dia cantik,comel.Apa yang semua orang tak tahu ialah dia ni nampak jer kecik tapi lasaknya kemain kalah budak lelaki.Sebab tulah rambutnya mak tak pernah bagi panjang.Potong pendek.Oppa tomboy style.Lagi satu yang memeningkan kepala mak ngan abah pasal budak ni, masa dia kekecik dulu baju susah sangat nak lekat kat badan.Boleh dikatakan sepanjang usia keciknya tu dia hanya bersepentot jer.Bebuih jugak ler mak ngan abah becakap dia buat dek je dan jenuh jugak la kami adik beradik nak bagi dia pakai baju….HAHAHAHA… Nak dimarah lebih lebih tak boleh, kecik lagi, al-maklum  dia yang bongsu pulak tu.Merajuk, kepala angin, dia jugak la.Selalunya apa yang dia nak mesti dapat.Selagi tak dapat selagi itulah dia mintak.Pernah mak suruh aku panggil dia masuk rumah sebab bersepentot jer kat luar rumah tapi dia tak nak sampai nak dipukulnya aku ngan batang penyapu.Tapi aku kan abang, so aku serang la dia balik.Lintang pukang dia lari masuk rumah.Makcik makcik yang dok sebaris ngan rumah mak aku pun gelak nengokkan perangai si budak kecik ni.Mak pun pernah gak kejar dia sebab tak nak balik rumah.Jauh gak dia lari sampai mak pun dah tak larat nak kejar.Maunya orang tua tu tak kejar dia, hari dah senja pun tak reti reti nak balik, kakak panggil tak nak, abang panggil tak jalan, aku panggil dia bolayan, last last big mama turun padang dengan batang kayu, nak disosahnya budak kecik tu..dah dibantainya lari.Tahu pulak takut.Yang buat mak lagi geram dia boleh lari ngan sepentot la pulak.Budak kecik nie berkawan bukannya dengan perempuan semua geng dia lelaki.Apa punya pesen aku pun tak tau la.Dalam ngok ngek budak kecik ni, dia pantang dengan pokok ubi kayu.Baik dari segi daun, batang ubi, getah dia, kena jer kompom dia memang out of servis.Habis gatal gatal merah merah satu badan.Sampai besar dia memang pantang dengan pokok ubi kayu.

Hah !!!.... masa sekolah rendah, budak kecik ni dah pandai pakai baju… HAHAHA…. takde lagi la dia merayau rayau ngan sepentot dia tu.Dah besar.Dah tahu malu kot.Tapi lain lak citenya.Penah cikgu sekolah tanya mak ayah dan atok dia sapa nama, mak kerja apa.Ditipunya cikgu tu cakap abah dia nama Yazid mak dia nama Rokiah atuk dia nama Idris dan mak abah dia keje doktor.Padahal mak ngan abah dia meniaga kuih jer ( macam ler cikgu dia tak kenal mak ngan abah dia ).Mak ngan abah pulak mampu gelak jer la.Satu hari abah ader tanye dia kenapa balik sekolah lambat, dia kata dia balik ikut jalan short cut.Sampai sekarang aku pun kompius dia punya ciri ciri short cut tu….hehehehe

Seingat aku kat sekolah menengah dia separuh mati pujuk mak ngan abah nak masuk kelas taekwando.Dah namanya pun anak bongsu last last mengalah jugak sampai dapat satu set baju.Masalahnya pulak bila dah belajar terasa ler diri tu macam pendekar harimau belang kuning hitam dari gunung berapi.Tak sedar pun ilmu tu baru secoit.Konon nak jadi pendamai dua negara bergolak, alih alih dia lak yang terbabit sekali.Apa lagi menyirap,mengoren,mengsarsi,mengkopi, mengmilo la darah pendekar.Bedibik sebijik kat muka.Lebam bijik mata.Dan tak dan datang pulak mak budak yang kene debik tu.Datang lak ngan hajat nak memuat pembalasan si Pitung.Bila tengok jer si budak kecik ni terus cancel.Dia orang mintak maaf then terus cabut balik.Segan kot sebab yang mendebik pompuan.Yang kena debik lelaki.Huhuhu…dasat tak budak kecik ni.Start dari situ mak abah tak bagi dah dia belajar taekwando.Kang tak pasal pasal habih satu kampung dia seligi.

Itu kisah pendekar lahkan..

Tapi dalam pendekar pendekar dia tu sifat gadis timur wanita warisan melayu terakhir ader gak kat dia.Aku agak la.(dua tangan letak kat bahu mata jeling keatas).Ade masa bila tiba dia punya rajin bangga jugak dengan dia ni.Kemas rumah, basuh baju, memasak, basuh pinggan mangkuk sampai basuh rumah kecik tu pun dia boleh buat.Nak masak apa...Karipap cinta, popia solo, ayam sos tiram bermadu, masak ikan sing the gang, kari ikan kap, tom yam kut semua dia ok jer.Tang sodap nyer pulak tu bergantunglah pada nasib badan…Tapi bila masa angin timur barat laut datang jangan harap la…bom atom campur ngan bom nukeliyer meletup pun dia boleh buat kebal bebal lagi..

Otak aku memang dah jem lepas amik SPM tak leh nak pi dah.Bukan sebab apa sebab aku jugak.Pemaleh.So takdelah merasa nak jadi student kat IPTS @ IPTA.Tapi rezeki budak kecik ni dia dapat jadi ‘ studenti ‘ (sebab dia pompuan kalau lelaki student).Mereng mereng dia, are erk are erk dia, bongok bongok dia, ngada ngada dia dapat jugak la dia anugerah masa dia belajar  (anugerah apa aku pun tak tau) walaupun masa tu keluarga aku diuji dengan ujian yang cukup berat.(Al-Fatihah untuk abah).Then dia buat diploma dia kat PD.Habis kat PD dia ingat nak sambung lagi sebab nak jadi tenaga pengajar katanya tapi takde rezeki kot so duduk la kat rumah jadi peneman setia mak.

Masa aku ngan adik lelaki aku kawin dialah banyak kehulu kehilir tolong buat tu buat ni sampai kejang kejang kaki.Kesian lak aku tengok…Tiba masa aku ade anak dia jugak yang bolentiyer nak jadi bibik.Bukan seorang tapi 4 orang sekali gus.Kat dia la anak anak aku ngan adik lelaki aku tumpang kasih sayang bila mane kami terpaksa tinggalkan mereka sebab urusan kerja.Dari sekecil kecil bayi yang lahir sampailah dah besar, dialah yang jaga.A to Z dia buat walaupun masa tu dia still lagi dalam cafeteria cafeteria warisan wanita melayu terakhir (terima kasih nok jasa mu tetap aku kenang).

Sekarang budak kecik yang dulunya berambut pendek tomboy dan asyik berseluar sepentot sudah besar.Tanggal 02 Oktober 2015 selepas solat asar,dengan sekali lafaz dia dinaik kan pangkat dan sah menjadi suri hati pada hidup sang suami.Dan keesokkan harinya satu majlis meraikan dia dibuat dengan meriah.Yang nyata sepanjang majlis dia, banyak air mata yang jatuh kebumi.Jujurnya aku sendiri menangis tengok dia.Tak tahu kenapa.Tapi hati aku jadi sayu.Mungkin orang orang penting yang sepatutnya ade kat majlis dia tapi tak ade.Majlis sebelah lelaki aku beranikan diri menyanyi satu lagu hadiah untuk dia, kate ko.Dan………….so lagu tu tak habis.

Bila budak kecik ni dah kawin dia kene la ikut suami dia ye tak.Jadi tinggallah dia ngan sang suami kat JB nun.Nasib baik abang aku dok satu umah ngan dia (save kos) jadi mak tak la risau sangat dan dia pun untung gak sebab big bosz ade.Payung besar.Sebab apa aku kata payung besar sebab salah satu kepandaian budak kecik ni adalah memujuk merayu dan membodek.Nasib big bosz ler....
Dua hari lepas dia dok JB, kat rumah aku dah start melayan macam macam soalan dari anak sulong aku si bendahari Kenny G.Jenuh aku jawab soalan yang sama setiap masa dan setiap hari.Akhirnya aku tunjuk gambar gambar budak kecik ni dan bukak FB dia.Baru senyap skit.Yang adik relax je sebab kecik lagi kalau tak…..

Pada kau budak kecik, aku macam tak percaya budak kecik ni dah besar.Dah jadi isteri orang.Aku cuma mampu cakap “ ko jagalah bahtera harta ko sehabis sebaik mungkin.Cari cipta kukuh kan lah kebahagiaan ko.Ingat tanggungjawab ko dah bertambah dan mungkin tak lama lagi akan bertambah dan semakin bertambah.Kami sekeluarga akan selalu berdoa biar ko dilimpahkan segala macam bentuk rezeki dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan anak anak dan sentiasa berada didalam lindungan serta rahmat oleh Allah SWT, tuhan yang maha esa.The whole family sayang kat ko…”

Adios…..aku berambus

p/s: pada ko adik iparku jaga dia elok elok kalau tak ................







03:00 pagi
Dalam kesepian malam
Bila hati rasa gelisah